Sunday, December 18, 2011

Wahai ADAM, Mantapkanlah Diri Untuk Memimpin HAWA





Jangankan lelaki biasa
Nabi pun terasa sunyi tanpa wanita
Tanpa mereka fikiran dan perasaan lelaki akan resah
Masih mencari walau ada segala
Apa yang tiada di dalam syurga?
          Dijadikan wanita daripada tulang
Rusuk yang bengkok untuk diluruskan oleh lelaki
          Tetapi lelaki itu sendiri tidak lurus
          Mana mungkin kayu yang bengkok
          Menghasilkan bayang yang lurus

          Luruskan wanita dengan jalan
          Yang ditunjukkan ALLAH SWT
Kerana mereka dicipta sebegitu rupa oleh ALLAH SWT
          Didiklah mereka dengan panduan darinya

Jangan cuba menjinakkan mereka dengan harta
Natijahnya mereka akan menjadi liar
Jangan hiburkan mereka dengan kecantikan
Akibatnya nanti mereka akan semakin derita
Kenalkan mereka dengan zat ALLAH, zat yang kekal

Akal senipis rambutnya, lebatkan dengan ilmu
          Hati separuh kaca, utuhkan dengan iman
Perasaan selembut sutera, hiasilah ia dengan akhlak
          Suburkan semuanya kerana dari situlah nanti

Mereka akan melihat nilaian dan keadilan tuhan
          Bisikkan ke telinga mereka bahawa……
          Kelembutan bukan suatu kelemahan
          Ia bukan suatu diskriminasi tuhan
Wanita yang lupa hakikat kejadiaannya, pasti tidak akan terhibur
          Bahkan mereka akan semakin bengkok
Itulah penyebab wanita tidak kenal akan tuhannya
          Bila wanita menjadi derhaka
          Pasti dunia lelaki akan menjadi huru-hara

Lelaki…………….
Jangan harapkan ketaatan semata-mata
          Tetapi binalah kepimpinan diri
Pastikan ia terserlah sebelum memimpin wanita
          Menuju ilahi
          Pimpinlah diri kepadanya
          Jinakkan diri kepada ALLAH
Nescaya  ALLAH akan menjinakkan segala di bawah pimpinanmu

          Usah mengharap isteri semulia
          FATIMAH AZ-ZAHRAH
          Andainya kamu tidak sehebat
          SAIDINA ALI KARAMALLAHU WAJHAH






No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...